Botani Bunga telang

Bentuk penuh bunga telang.[3]Lenggai dan bunga mengkal hingga masak

Tumbuhan ini jenis berkayu menjalar. Ia mempunyai daun unipinnat memanjang 5 hingga 9.5 cm dengan anak daun membujur atau oblong 5-7 helai setangkai setiap satu berukuran 1.4-6.5 cm panjang dan 1-4 cm lebar.[4]

Bunga tumbuhan terdiri daripada lima kelopak tercantum diperhatikan mempunyai bentuk mirip kelentit atau klitoris (clitoris) manusia memberikan nama saintifiknya Clitoria.[5] Bunga ini sebahagian besar berwarna biru nila kerana kandungan antosianin[6] tetapi ada juga bunga yang berwarna putih.[5] Sulur bunga mempunyai paling lebih 10 filamen yang bersambung pada cepu debunga.[5] Biji yang terhasil daripada persenyawaan bunga tumbuh berupa lenggai runcing 5 hingga 12 cm panjang mengandungi 8-10 biji benih.[4]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Bunga telang http://bluechai.com/butterfly-pea-pictures.html http://www.bonappetit.com/drinks/non-alcoholic/art... http://docsdrive.com/pdfs/ansinet/ijp/0000/28690-2... http://jbclinpharm.com/Volume2Issue1Articles/PDF/J... http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=14&cat=H... http://www.scribd.com/doc/12391242/Pharmacopia-Ind... http://www.toddcaldecott.com/index.php/herbs/learn... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31191573 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6546959 http://www.tropicalforages.info/key/Forages/Media/...